MEMBINA LAMAN WEB PROMOSI LAMAN WEB PORTFOLIO HASIL CARIAN HARGA LAMAN WEB HUBUNGI KAMI SEO SERVICES |
||||||||||||||
|
Banyak syarikat yang memiliki laman web yang menarik, tetapi tidak mendapat ramai pengunjung. Pada pemikiran kami, laman web sedemikian adalah satu pembaziran dan tidak membantu perniagaan, kecuali laman web itu di buat khas untuk kumpulan tertentu yang di jemput untuk mengunjung laman itu. Selain itu, laman web yang baik harus mendapat kunjungan dari ramai pelayar yang sesuai - kumpulan sasar kepada siapa laman itu di tujukan. Mempromosi laman web bertujuan untuk mendapatkan pengunjung kepada sesuatu laman web. Banyak cara yang boleh digunakan untuk mempromosi laman web - meletakkan alamat laman (URL) kedalam kad perniagaan dan surat-menyurat, mengirim emel kepada seberapa ramai orang yang boleh, penyenaraian dalam direktori, mendapatkan pautan, pengiklanan dalam forum dan newsgroup, dan sebagainya. Ada diantara cara-cara ini yang baik dan patut dilakukan sebagai sebahagian dari usaha mempromosi laman web. Namun begitu, tidak satu pun dari cara-cara ini boleh dianggap berkesan sekiranya tidak membantu untuk mendapatkan ranking yang tinggi dalam enjin carian utama, terutamanya Yahoo dan Google. Menurut kajian, lebih dari 80% pengunjung laman web datang melalui enjin carian. Oleh itu, usaha untuk mendapatkan ranking yang tinggi dalam enjin carian perlu dijadikan matlamat penting dalam usaha mempromosikan laman web. Sebagai sebahagian dari usaha mempromosi laman web, kami menawarkan khidmat "search engine optimisation" pada harga yang berpatutan. Sekiranya anda serius untuk mendapatkan ranking yang tinggi dalam enjin carian, kami cadangkan anda memilih opsyen ini. |
|||||||||||||
|
Dengan opsyen ini, kami tidak menjamin bahawa laman web anda akan mendapat ranking yang tinggi. Tidak ada siapa yang boleh membuat jaminan ini, kecuali pemilik enjin carian. Namun begitu, melalui opsyen ini, kami akan sering memantau ranking yang diperolehi dan mengambil tindakan yang sesuai untuk meningkatkan semula mana-mana ranking yang jatuh. Segala yang kami lakukan adalah apa yang dinasihatkan oleh enjin carian sendiri. Kami tidak lakukan cara-cara yang dilarang oleh enjin carian. |
|||
Copyright © 2006
ACDRA Sdn Bhd, Malaysia. All Rights Reserved. Website
Designer : ACDRA Sdn Bhd |